Khamis, 30 Disember 2010

Pengembaraan BFF ke Alam Kayangan Bab 1

PENGEMBARAAN BFF KE ALAM KAYANGAN

BAB 1


Enjoy it okay !

Kring! “Baiklah,semua orang boleh balik,tapi kamu semua jangan lupa buat kerja rumah yang saya suruh siapkan pada cuti sekolah ini,”kata Puan Masliza. “Terima Kasih Puan Masliza,”kata murid-murid tingkatan 1 Ixora.

Semasa dalam perjalanan untuk pulang ke asrama,tiba-tiba Fakhira menerjah Alyn dan Nuha lalu berkata “Alyn,kita hendak buat apa cuti sekolah ini?”kata Fakhira sambil berjalan menuju asrama.Alyn dan Nuha diam sahaja.

Sesampainya di asrama,Nuha terus mendapat idea “Alyn,apa kata kita pergi berkhemah?” Tanya Nuha sambil menanggalkan kasutnya,lalu mereka terus masuk ke asrama.

“Bagus juga idea awak Nuha,”puji Fakhira.Kembang kempis hidung Nuha.Tiba-tiba Alyn terus berkata “Tapi kita hendak berkhemah di mana?”Tanya Alyn sambil menyimpan bajunya di dalam almari. “Kita bincang esok sahajalah,” kata Fakhira dengan nada yang letih.

***

Kita nak sangat ada kucing,”Alyn berkata.Nuha pelik melihat Alyn apabila dia berkata seorang diri,lalu Nuha terus memanggil Fakhira “Fakhira,Fakhira,sini sekejap,”Nuha memanggil Fakhira sambil mengemaskan katilnya.

***

Sementara itu di Alam Kayangan,

“Meow,meow,meow,putih,putih,mari makan,mari makan,”Puteri Maisarah mencari-cari kucingnya di seluruh taman. “Oh,di sini kamu rupanya,” “Meow,meow,”

“Puteri,puteri kita ada berita baik,”pengurus puteri memanggil-manggil puteri sambil berlari-lari anak. “Apa dia,apa dia?”Puteri Maisarah menyahut panggilan itu sambil tersenyum. “Nek Dara meramalkan bahawa ada tiga wirawati dari alam dunia akan menghapuskan ahli sihir kita!”kata pengurus itu sambil tercungap-cungap. “Alhamdulillah,”

***

“Kenapa Nuha?”tanya Fakhira dengan pelik. “Itu-itu,Alyn,” kata Nuha sambil memandang Fakhira.Fakhira berasa pelik.Dia lihat Alyn baik-baik sahaja.Sihat walafiat pula itu.

“Aku tengok tidak ada apa-apa pun dengan Alyn,”kata Fakhira sambil bersandar di almari Nuha. “Tadi Alyn cakap seorang diri aku takut dia ada sa…,”belum sempat Nuha menyambung percakapannya Fakhira sudah menepuk perlahan di lengannya. “Ish, awak ini,tidak baik kata yang bukan-bukan.Marilah kita tanya Alyn,” Fakhira berkata sambil mengerutkan keningnya.

Semasa Alyn sedang berangan sesuatu,tiba-tiba dia dikejutkan oleh Nuha.Terkejut Alyn apabila melihat Nuha dan Fakhira dibelakangnya “Hei,terkejut saya.Kamu berdua mahu apa?”tanya Alyn.

“Kenapa,kami berdua tidak boleh jumpa awak ke?”Fakhira berkata seperti sedang merajuk.

“Eh,tidak adalah!Mestilah boleh,” kata Alyn sambil duduk. “Tadi awak kata apa dekat sini tadi?”tanya Nuha. “Oh,saya fikir saya nak ada kucing,”kata Alyn dengan penuh semangat. “Oh,itu rupanya,”kata Nuha dengan lega. “Eh marilah kita pergi ke dewan makan,”ajak Alyn.

***

Dalam perjalanan ke asrama,Alyn,Nuha dan Fakhira sedang berbincang untuk berkhemah di mana nanti. “Apa kata kita berkhemah di Sungai Congkak? Sambil itu kita boleh merentasi hutan di situ,”Nuha memberi cadangan. “Nuha,awak sudah memberi idea yang baik lagi sekali,”kata Fakhira sambil membeliakkan matanya.

“Baiklah,tapi kita kena tanya ibubapa kita dulu tentang tentang perkhemahan ini,”kata Alyn sambil menanggalkan selipar jenama Crocsnya itu. “Betul itu,marilah kita telefon ibubapa kita dengan menggunakan telefon awam itu,”kata Fakhira sambil menunjukkan kea rah telefon awam yang berwarna merah itu.

***

Pada malam itu,Nuha dan Fakhira sibuk mengemaskan pakaian untuk perkhemahan mereka esok,manakala Alyn pula pula bermasam muka.Fakhira berasa pelik melihat Alyn yang bermasam nuka. “Alyn,kenapa awak tidak mengemaskan pakaian lagi? Bukankah esok kita hendak pergi berkhemah?”tanya Fakhira sambil memandang muka Alyn. “Ayah saya tidak beri saya pergi berkhemah,”kata Alyn bermasam muka.

Sementara itu di Alam Kayangan…

“Hahahaha,Puteri,Puteri,kau jangan ingat kau akan menang.Aku akan pastikan budak tiga ekor itu tidak akan dapat masuk kea lam ini.Aku sudah meletakkan racun `tak bagi` ke dalam minuman ayah salah seorang budak itu,”satu suara telah membingitkan sebuah rumah usang di hujung Kampung Kayangan Melur.Ahli sihir Ainab tergelak seorang diri di dalam rumahnya.

“Apa,macam mana ayah budak itu boleh bagi dia pergi?Apa sudah jadi dengan kuasa aku?”Ahli Sihir Ainab berkata seperi terjerit sedikit.Dia memerhati glob merahnya itu dengan tajam. “Sya,Sya,”Ahli Sihir Ainab memanggil anaknya. “Ya,mama,” “Aku ada tugas untuk kau,”Ahli Sihir Ainab berkata sambil membeliakkan matanya yang berwarna merah oren itu.

Isnin, 27 Disember 2010

Orang Besar !

Ahaks . Mesti pelikkan ? Orang besar ? What 's that ? haha , maksudnya ialah ..

Dengar dulu citer nieh !


Haritu , kita ikut kakak kita gi tengok wayang . Tengok cerita Gulliver's Travel.Citer tu tentang orang . (memang lah tentang orang ) Tapi, orang tu dia pergi berlaut dengan sbb2 tertentu , nk pendekkan cerita . Tiba2, dia termasuk ke dalam Segi 3 Bermuda.Dia takot sangat.Bila dia bkk mata , dia nmpk orang , tpi orangnya kecil bangat ! Sbb tu lah ramai orang panggil citer nie citer Orang Besar . Hehe !


Masa gi Alamanda 2 , habes jgk duit aq , tengok2 dompet tinggal 4 ringgit . Adushh cam ner nk tmbh duit nie ? Haa , aq buat kerja2 yng blh menolong mak or ayah aq seperti 20 kat ayah,buat pedicure atau manicure ,sapu rumah , prgi kedai Wak Mas dan mcm lagi lahh . Apa ? X phm 20 kat ayah tu apa ! Secret lah bebb . Kedai Wak Mas 2 kat mana ? Alahh , dpn umah jerr . So just that for today !
:)

Ahad, 28 November 2010

Going Out With My Sister . (27/11/10)

Pada 27/11/10 , aku ikut kakak aku gi Alamanda.Kitorang tengok wayang sekali.Cerita Harry Potter,best.Lepastu kan kita jumpa Honey Madu , Pengacar Lava Kids (TV2) n my friend , Hureen.
Pastu kat sana ada kawan kakak aku sekali , Kak Salsabila . Kak Salsabila bawa adik dia ngan 2 orang sepupu sekali.Lepastu beli barang perhiasan diri kat Chamelon.Kita pon beli Ana Muslim.Pergi sana tu bajet cuma RM 60. RM 50 aku punya RM10 mak punya.Kiranya aq lah yang pay semuanya . hehe . Okay just that . TATAA . :)

Khamis, 25 November 2010

Lagu Aku Ingin Mencintaimu - EDCOUSTIC

Tuhan betepa aku malu ,
atas semua yang kau beri ,
padahal diriku ,
terlalu sering membuatmu kecewa,

@Entah mungkin kerna ku terlena ,
sementara engkau beri aku kesempatan ,
berulangkali ,
agar aku kembali ,
dalam fitrahku ,
sebagai manusia ,
umtuk menghambakanmu ,
betapa tak ada ,
apa-apanya ,
aku dihadapanmu

***Aku ingin mencintaimu ,
setulusnya ,
sebenar-benar aku cinta,
dalam doa ,
dalam ucapan ,
dalam setiap langkahku ,
aku ingin mendekatimu ,
selamanya ,
sehina apa-pun diriku ,
kuberharap, untuk bertemu ,
de-nganmu Ya Rabbi .

ulang @
ulang***

(ada muzik lama sikit)

ulang *** 2 kali.

Sabtu, 2 Oktober 2010

Pengembaraan BFF di Alam Kayangan

Assalamualaikum ,kita ada wat novel yang bertajuk Pengembaraan BFF di Alam Kayangan.Tapi dalam perjalanan lagi lah.Hehehe.Insya-allah tahun depan baru siap.Tapi kita jual kat sekolah jer.Itu pun tak thu jadi ke tak.Nanti kita letak lah kat blog kita.Ceritanya mengisahkan 3 orang kawan baik iaitu 1.Fakhira 2.Alyn 3.Nuha.Mereka berbincang nak buat apa cuti sekolah ni.lepastu diorang buat keputusan nak pergi 'camping'.Lepastu masa diorang kat hutan diorang tersesat.Tiba2 mereka ternampak satu cahaya yang bersinar-sinar.selepas itu mereka masuk ke dalam cahaya itu.

Sabtu, 4 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

ASSALAMUALAIKUM,DI DALAM BLOGKU INI AKU INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.MAAFKANLAH DOSA2 KU.KEPADA KAWAN2 YANG SEBAYA DENGAN KU,JANGAN MAIN MERCUN KALAU TAK JADI MACAM KAWAN KITA KAT ATAS NIE.NANTI JANGAN MAKAN KUIH RAYA BANYAK SANGAT.INGAT YE,KITA BERAYA UNTUK MERAIKAN ORANG YANG TELAH BERJAYA BERPUASA TERMASUKLAH KITA,BUKANNYA UNTUK DUIT RAYA DAN BERSUKA SUKA.SEBELUM MASUK RUMAH ORANG,PASTIKAN MEMBERI SALAM DULU.KALAU DIA DAH KASI MASUK,BARULAH MASUK.LEPASTU SALAM LAH TUAN RUMAHNYER.SAMPAI DI SINI SAHAJALAH CORETAN SAYA.

Ahad, 29 Ogos 2010

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

HAYATILAH BENDERA MALAYSIA.TAHUKAH ANDA BAHAWA PADA 31 OGOS 1957, NEGARA MALAYSIA TELAH MENYAMBUT KEMERDEKAAN YANG PERTAMA.JADI,MARILAH KITA MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-53 TAK LAMA LAGI.DATANGLAH BERAMAI-RAMAI KE STADIUM PUTRA BUKIT JALIL UNTUK MEMERIAHKAN LAGI SAMBUTAN KEMERDEKAAN KITA KALI INI.

Jumaat, 13 Ogos 2010

Ramadhan ! :D

Wah tak sangkanya,Ramadhan Al-Mubarak sudah tiba.Kite dah puasa! Siapa tak puasa penuh tahun lepas,tahun ini usahakanlah untuk puasa penuh Aminn! Tahun lepas kite puasa penuh.Dalam bulan Ramadhan ni banyak-banyakkanlah beribadah contohnya solat tarawih pada waktu malam,mengaji,menolong ibu bapa dan keje yang ikhlas untuk keluarga dan tidak haram pun dapat pahala.Kite ni masih kecil lagi jadi tak payah keje lah kan.Haa lagi satu,sekarang ni pentingkan bulan ramadhan dulu,raya tu jangan lebih2,lagi2 macam saya ni budak2 suka sangat ngan duit raya.Haa waktu tengah puasa tu jangan dok bincang tentang makanan lak..Makruh tu.Haa cakap tentang makruh kite nak cakap jangan buat2 benda makruh lak,walaupun tak dapat dosa,tapi Allah benci.Ingat ingat jelah benda yang makruh tu.Haa kat sini pun kita nak cakap tentang rukun puasa,rukun puasa ada 2 iaitu:

1.NIAT PADA WAKTU MALAM
2.
MENAHAN DIRI DARIPADA MELAKUKAN PERKARA2 YANG MEMBATALAKAN PUASA MULAI DARI TERBIT FAJAR SODIQ HINGGA GHURUB MATAHARI.

sekian terima kasih!

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK


Isnin, 12 Julai 2010

Karnival SESERI (sekolah kakak)


Pada 10 Julai 2010,sekolah kakak saya iaitu Sekolah Menengah Sains Seri Puteri(SESERI) telah mengadakan karnival.Keluarga saya pergilah sebab bukannya jauh sangat dekat KL jer.Saya dapat pelbagai-bagai benda iaitu:-

a.strap
b.sim kad baru CELCOM
c.blue bear celcom BRAZIL(dah kalah dah)
d.cotton candy

Saya berasa amat seronok.Semasa karnival itu ada orang sekolah thailand datang.Sekolah ASIS pun ada.Sampai di sini sahajalah coretan saya.Bye! :) :D


Ahad, 6 Jun 2010

5 JUNE 2010

Tanggal 5 June 2010 ialah hari jadi ku.Di Facebook ramai yang mengucapakan selamat hari jadi kepada ku.Saya mengucapkan terima kasih kepada insan yang telah mengucapkan selamat hari jadi kepadaku dan insan yang telah memberikan hadiah kepada ku.Pada hari jadi aku juga ada Program Jom P Masjid.Saya telah memenangi no1 dalam Pertandingan Hafazan.Alhamdulillah,saya mendapat hadiah AL-QURAN,SATU SET STABILO dan BUKU daripada NENEK AIMAN SYFEEYAH.Hadiah itu saya menganggap itu hadiah untuk hari jadi saya sekali.Saya berasa sangat bersyukur kepada Allah.


Khamis, 20 Mei 2010

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua guru2 yang telah mengajar saya dengan susah payah.Kepada guru2 yang lain juga Selamat Hari Guru..

Rabu, 28 April 2010

ABOUT MY CLASS


KELAS SAYA DI SEKOLAH KEBANGSAAN ADA 33 ORANG MURID,MANAKALA SEKOLAH

AGAMA PULA 40 ORANG MURID..KETUA KELAS DI SEKOLAH KEBANGSAAN SAYA

IALAH SYAZWAN,MANAKALA PENOLONG KETUA KELAS PULA NUR AAINAA

BALQIS.KETUA KELAS DI SEKOLAH AGAMA PULA IALAH ADIB,MANAKALA PENOLONG

KETUA KELAS PULA AIDA SYAHIRAH.DI SEKOLAH KEBANGSAAN SAYA MEMPUNYAI

SEORANG KETUA KEBERSIHAN YANG SANGAT TEGAS..NAMANYA DURRAH..SUARANYA

SANGAT NYARING DAN SESUAI MENJADI KETUA KEBERSIHAN..DIA

BERTANGGUNGJAWAB SUPAYA ORANG YANG BERTUGAS HENDAKLAH BERTUGAS..DI

SEKOLAH AGAMA SAYA PULA MEMPUNYAI BENDAHARI,BENDAHARI INI ADA DUA

BAHAGIAN,SATU UNTUK LELAKI SATU UNTUK PEREMPUAN..BENDAHARI PEREMPUAN I
ALAH FATIMAH,MANAKALA BENDAHARI LELAKI PULA BERNAMA ILMAN..

SEKIAN,TERIMA KASIH

Jumaat, 23 April 2010

BFF

INI ADALAH GAMBAR SAYA DAN MY BESTFRIEND,ALYN..KAMI SENTIASA BERSAMA-SAMA WALAU DIMANA-MANA..MASA BALIK SEKOLAH KEBANGSAAN ALYN AKAN TUMPANG DI RUMAH SAYA UNTUK MAKAN DAN TUKAR BAJU..WE ARE A BEST FRIEND FOREVER..

Sabtu, 10 April 2010

UJIAN PERMATA PINTAR UKM saringan-1

Assalamualaikum semua,saya sudah lama tidak menulis di blog ini..haa,kepada sesiapa yang berumur 8 hingga 15 tahun tu..cubalah UJIAN PERMATA PINTAR UKM saringan-1..

bukak laman web: http://www.permatapintar.com.my

haa,siapa yang rasa nak cuba..bukak laman web ni,lepastu kat laman web tu tengok kat bahagian kiri..lepastu,tekan yang atas sekali...haa,ikutlah arahan dia...

hehehe..bye bye

Jumaat, 26 Mac 2010

Raptai Sukan Kali Ke-29

Pada 26/3/2010 telah berlangsungnya rapatai sukan di SEK. KEB. DATO' ABU BAKAR BAGINDA.Sukaneka bagi tahap 2 final diadakan pada raptai ini,manakala tahap 1 pula pada hari Ahad ini iaitu Hari Temasya Sukan Kali Ke-29.Saya terdiri daripada tahap 2.Keputusan sukaneka untuk tahap 2 akan saya tulis di bawah ini.

KEPUTUSAN SUKANEKA TAHAP 2

DARJAH 4:1.MERAH
2.KUNING
3.BIRU
4.HIJAU


DARJAH 5:1.MERAH
2.KUNING
3. BIRU
4.HIJAU


DARJAH 6:1.MERAH
2.BIRU
3.KUNING
4.HIJAU



Maaf sekiranya ada tersilap tulis no. ye..




Khamis, 18 Mac 2010

Sambutan Maulidur Rasul Di Masjid

ustaz berceramah
masa minum pagi..ada mihun
baru habis amik makanan minum pagi
tahsin surah al fatihah
Ha..inilah gambar kami..nametag besar...


Ahad, 7 Mac 2010

TERKEJUT!!!

Pada 7 Mac 2010,berlakunya kejutan yang sangat bahaya....eletrik tak hidup...berpunca dari bilik aku yang ada penyakit kudis,jantung dan paru-paru berlubang yang digigit oleh tikus atau tupai..rasanyalah....

Masa tu aku tengah baca MaGazine..tiba-tiba lampu dan kipas serta sedara maranya tertutup...lepastu ayah dah pulihkan semula..tapi masa aku nak bukak lampu tu,tiba-tiba macam ada elektrik terkeluar...lepastu jadilah rumah aku gelap dan kenapasan..nasib baik kat bahagian dapur,ruang berehat dan tempat komputar ni tak da pape...kipas pun ada...kalau tak de...

MAMPUSLAH KITORANG


dahlah esoknya nak periksa...nasib baik sekolah agama jer...sekolah agama bahagian ptng...periksa bahasa arab ngan imlak...selasa ni kan kita ada kursus bahasa inggeris kat presint 14..nama company nya Azuryn's....oklah bye....

Sabtu, 27 Februari 2010

Happy Birthday Mak

selamat hari jadi mak....Ira sayang mak....mak memang baik.semoga mak hidup bahagia selama-lamanya dan panjang umur...mak lahir pada 28 Februari 1967..ira berterima kasih kat mak sebab kasi ira diskaun top up kat mak!!!hehehehe....mak kita ni jual top up..kalau nak top up,cakap lah...tapi U mobile tak delah...

Jumaat, 26 Februari 2010

seseri,ular dan keluarga

Nak tahu tak???semalam kan kita pergi sekolah kakak kita kat seseri.mak kita bawak pasta,air pepsi,pizza roti boy,double decker dan gula-gula.Masa kita ngan mak kita nak pergi bilik pengumuman kan mak kita hampir tertulis nama kita..Nasib baik mak kita perasan!!!

Masa nak balik tu kan mak kita ternampak ular yang sangat cantik.ular tu siap menari-nari lagi...lepastu ayah kita cakap "Boleh masuk asrama ni,"kata ayah kita...ular tu kita tak tahu lah ular jenis apa???apa ye???warna dia tepi kuning atas hitam....tapi memang comel ular tu....hehehehe...

Rabu, 24 Februari 2010

at rumah aiman syafeeyah

hahaha..sekarang aku ada kat rumah aiman syafeeyah.ada mat salleh.ada libary gedabak.

ada alyn,kita,aina??tak tahulah datang ke tidak.tapi rasanya datang....

PERKENALAN

salam perkenalan.....nama siti fakhira bt hj norazhar umur rahsia.....best kan ada blog sendiri