Khamis, 30 Disember 2010

Pengembaraan BFF ke Alam Kayangan Bab 1

PENGEMBARAAN BFF KE ALAM KAYANGAN

BAB 1


Enjoy it okay !

Kring! “Baiklah,semua orang boleh balik,tapi kamu semua jangan lupa buat kerja rumah yang saya suruh siapkan pada cuti sekolah ini,”kata Puan Masliza. “Terima Kasih Puan Masliza,”kata murid-murid tingkatan 1 Ixora.

Semasa dalam perjalanan untuk pulang ke asrama,tiba-tiba Fakhira menerjah Alyn dan Nuha lalu berkata “Alyn,kita hendak buat apa cuti sekolah ini?”kata Fakhira sambil berjalan menuju asrama.Alyn dan Nuha diam sahaja.

Sesampainya di asrama,Nuha terus mendapat idea “Alyn,apa kata kita pergi berkhemah?” Tanya Nuha sambil menanggalkan kasutnya,lalu mereka terus masuk ke asrama.

“Bagus juga idea awak Nuha,”puji Fakhira.Kembang kempis hidung Nuha.Tiba-tiba Alyn terus berkata “Tapi kita hendak berkhemah di mana?”Tanya Alyn sambil menyimpan bajunya di dalam almari. “Kita bincang esok sahajalah,” kata Fakhira dengan nada yang letih.

***

Kita nak sangat ada kucing,”Alyn berkata.Nuha pelik melihat Alyn apabila dia berkata seorang diri,lalu Nuha terus memanggil Fakhira “Fakhira,Fakhira,sini sekejap,”Nuha memanggil Fakhira sambil mengemaskan katilnya.

***

Sementara itu di Alam Kayangan,

“Meow,meow,meow,putih,putih,mari makan,mari makan,”Puteri Maisarah mencari-cari kucingnya di seluruh taman. “Oh,di sini kamu rupanya,” “Meow,meow,”

“Puteri,puteri kita ada berita baik,”pengurus puteri memanggil-manggil puteri sambil berlari-lari anak. “Apa dia,apa dia?”Puteri Maisarah menyahut panggilan itu sambil tersenyum. “Nek Dara meramalkan bahawa ada tiga wirawati dari alam dunia akan menghapuskan ahli sihir kita!”kata pengurus itu sambil tercungap-cungap. “Alhamdulillah,”

***

“Kenapa Nuha?”tanya Fakhira dengan pelik. “Itu-itu,Alyn,” kata Nuha sambil memandang Fakhira.Fakhira berasa pelik.Dia lihat Alyn baik-baik sahaja.Sihat walafiat pula itu.

“Aku tengok tidak ada apa-apa pun dengan Alyn,”kata Fakhira sambil bersandar di almari Nuha. “Tadi Alyn cakap seorang diri aku takut dia ada sa…,”belum sempat Nuha menyambung percakapannya Fakhira sudah menepuk perlahan di lengannya. “Ish, awak ini,tidak baik kata yang bukan-bukan.Marilah kita tanya Alyn,” Fakhira berkata sambil mengerutkan keningnya.

Semasa Alyn sedang berangan sesuatu,tiba-tiba dia dikejutkan oleh Nuha.Terkejut Alyn apabila melihat Nuha dan Fakhira dibelakangnya “Hei,terkejut saya.Kamu berdua mahu apa?”tanya Alyn.

“Kenapa,kami berdua tidak boleh jumpa awak ke?”Fakhira berkata seperti sedang merajuk.

“Eh,tidak adalah!Mestilah boleh,” kata Alyn sambil duduk. “Tadi awak kata apa dekat sini tadi?”tanya Nuha. “Oh,saya fikir saya nak ada kucing,”kata Alyn dengan penuh semangat. “Oh,itu rupanya,”kata Nuha dengan lega. “Eh marilah kita pergi ke dewan makan,”ajak Alyn.

***

Dalam perjalanan ke asrama,Alyn,Nuha dan Fakhira sedang berbincang untuk berkhemah di mana nanti. “Apa kata kita berkhemah di Sungai Congkak? Sambil itu kita boleh merentasi hutan di situ,”Nuha memberi cadangan. “Nuha,awak sudah memberi idea yang baik lagi sekali,”kata Fakhira sambil membeliakkan matanya.

“Baiklah,tapi kita kena tanya ibubapa kita dulu tentang tentang perkhemahan ini,”kata Alyn sambil menanggalkan selipar jenama Crocsnya itu. “Betul itu,marilah kita telefon ibubapa kita dengan menggunakan telefon awam itu,”kata Fakhira sambil menunjukkan kea rah telefon awam yang berwarna merah itu.

***

Pada malam itu,Nuha dan Fakhira sibuk mengemaskan pakaian untuk perkhemahan mereka esok,manakala Alyn pula pula bermasam muka.Fakhira berasa pelik melihat Alyn yang bermasam nuka. “Alyn,kenapa awak tidak mengemaskan pakaian lagi? Bukankah esok kita hendak pergi berkhemah?”tanya Fakhira sambil memandang muka Alyn. “Ayah saya tidak beri saya pergi berkhemah,”kata Alyn bermasam muka.

Sementara itu di Alam Kayangan…

“Hahahaha,Puteri,Puteri,kau jangan ingat kau akan menang.Aku akan pastikan budak tiga ekor itu tidak akan dapat masuk kea lam ini.Aku sudah meletakkan racun `tak bagi` ke dalam minuman ayah salah seorang budak itu,”satu suara telah membingitkan sebuah rumah usang di hujung Kampung Kayangan Melur.Ahli sihir Ainab tergelak seorang diri di dalam rumahnya.

“Apa,macam mana ayah budak itu boleh bagi dia pergi?Apa sudah jadi dengan kuasa aku?”Ahli Sihir Ainab berkata seperi terjerit sedikit.Dia memerhati glob merahnya itu dengan tajam. “Sya,Sya,”Ahli Sihir Ainab memanggil anaknya. “Ya,mama,” “Aku ada tugas untuk kau,”Ahli Sihir Ainab berkata sambil membeliakkan matanya yang berwarna merah oren itu.

Isnin, 27 Disember 2010

Orang Besar !

Ahaks . Mesti pelikkan ? Orang besar ? What 's that ? haha , maksudnya ialah ..

Dengar dulu citer nieh !


Haritu , kita ikut kakak kita gi tengok wayang . Tengok cerita Gulliver's Travel.Citer tu tentang orang . (memang lah tentang orang ) Tapi, orang tu dia pergi berlaut dengan sbb2 tertentu , nk pendekkan cerita . Tiba2, dia termasuk ke dalam Segi 3 Bermuda.Dia takot sangat.Bila dia bkk mata , dia nmpk orang , tpi orangnya kecil bangat ! Sbb tu lah ramai orang panggil citer nie citer Orang Besar . Hehe !


Masa gi Alamanda 2 , habes jgk duit aq , tengok2 dompet tinggal 4 ringgit . Adushh cam ner nk tmbh duit nie ? Haa , aq buat kerja2 yng blh menolong mak or ayah aq seperti 20 kat ayah,buat pedicure atau manicure ,sapu rumah , prgi kedai Wak Mas dan mcm lagi lahh . Apa ? X phm 20 kat ayah tu apa ! Secret lah bebb . Kedai Wak Mas 2 kat mana ? Alahh , dpn umah jerr . So just that for today !
:)