Rabu, 21 Oktober 2015

CERITA LEPAS PENTAKSIRAN

Apa sebab tak nak rendahkan diri ?
Sedangkan pokok yang tak berakal juga mampu menundukkan diri .
Apa sebab tak mengingati-Nya ?
Haiwan sekecil hama pun mengucapkan zikir kepada-Nya .
Apa sebab kita rasa bangga ?
Sedangkan Dia yang Maha Mencipta .
Apa sebab nak rasa bongkak ?
Sedangkan Dia Maha Pengampun .
Apa sebab takut berbuat baik ?
Sedangkan Dia telah janjikan kenikmatan selama-lamanya .
Astaghfirullah .

Bismillahirrahmaanirrahiim .
Assalamualaikum W.B.T :) Alhamdulillah PT3 sudah pun SETTLE .
Kami pelajar tingkatan 3 memang sangat lega dan bersyukur dan dup dap dup dap menanti keputusan . Namun , walau apa pun terjadi kena ingat belajar bukan hanya kerana exam tapi kerana Allah ;)

After exam tu kami pulang bermalam (PB) . Pastu balik sekolah tup tup rupa-rupanya dapat cuti jerebu lama . Lama lah jugak . Memang jerebu teruk . Hmm , dugaan . Dah jadi budaya budak2 lepasan PT3 ni akan baca novel , mereput after PT3 . Hahaha . Pastu kita pun pinjam novel kawan kita , Nayli . Wah , kisah-kisah dalamya sungguh menZapkan diri ini . Huhuh .  Itu lah yang terlahirnya puisi di atas .

Tak tahulah . Harap anda faham . 


Khamis, 24 September 2015

Integomb's Preparation before PT3

Bismillahirrahmanirrahim , assalamualaikum ....
Tahun ini saya akan menduduki Pentaksiran Tingkatan Tiga ! Yeahhh ...
Sekarang dah bulan September , dan peperangan ini akan bermula pada 12 Oktober .
Dup dap dup dap ... Berdebar .. Itu yang dah lama sangat tak jenguk2 blog ni .
Jadi , apa persediaan kita?
Hmmmmm . Kami di SBPI Gombak ni memang dari dulu lagi kami buat program Guru Muda. Guru Muda ni maksudnya kami ni murid sendiri akan jadi fasilitator dalam satu kumpulan belajar . Semua mata pelajaran PT3 ada kumpulan kecuali Geografi dan Sejarah . Jadi , tugas sebagai fasilitator ni berat sebenarnya . Tapi , apa yang saya faham dan dapat simpulkan tak semua perkara yang fasi tahu,jadi kita boleh saja berbincang bersama ahli kumpulan . Fasi hanya sebagai ketua dan pembimbing supaya aktiviti belajar berkumpulan itu berjalan lancar . \

Jadi , setiapa mata pelajaran ada ketua dan penolong fasi . Mereka inilah yang paling function sekali sebab mereka yang akan cari bahan belajar untuk dikongsi bersama . Program ini sangat bagus dan berfaedah sekiranya dijalankan dengan betul dan penuh semangat. bila kita belajar dengan kawan-kawan ni , kita boleh jadi lebih semangat sebab kita boleh tanya kawan kalau ada soalan atau tajuk yang kita tak faham . Jadi , kepada rakan-rakan di luar sana , cubalah anda semua amalkan belajar berkumpulan ni . yang paling penting kalian ikhlas dan semangat untuk belajar .. INGAT ,niat belajar kerana ALLAH .

Di SBPI Gombak ni , kami ada Perfect Score . Setiap hari Sabtu dan Ahad kami ada kelas bersama guru yang bertugas . Cikgu kami ni memang semangat . Memang saya tabik dan memang sayang gilaaa kat cikgu . ingat senang nak korbankan masa mereka bersama keluarga untuk bersama dengan kita yang nak hadapi peperiksaan besar ni. Jadi , rakan-rakan sekalian hargailah pengorbanan guru-guru kita ini , belajarlah bersungguh-sungguh . Mungkin ada antara kita yang cepat dan kurang cepat memahami pelajaran , namun tunjukkan usaha kita kerana ALLAH lihat usaha kita bukannya hasil , namun sekiranya sememangnya kita bersungguh-sungguh Insya-Allah , Dia akan mengurniakan kejayaan kepada kita :)

Kalau macam awal tahun haritu , adalah kami buat Explorace . Macam Sains , setiap stesen dijaga oleh fasi dan mereka akan mengajar atau mengingatkan semula mana-mana tajuk form 2 . Matematik pula cikgu beri soalan , kemudian kami akan jawab . Kemudian kami perlu mencari jawapan yang telah ditampal oleh cikgu di sekitar sekolah . English pula setiap stesen dijaga oleh fasi dan mereka akan mengajar Grammar . Aktiviti seperti ini bertujuan untuk menjadikan pembelajaran lebih interaktif dan kami juga tidak mengantuk . kebiasaannya aktiviti ini dilakukan pada waktu perfect score hari Ahad .

Jadi , itu sekadar perkongsian yang dapat saya tunjuk kepada anda semua . Mungkin tak banyak tetapi diharapkan dapat memberi sedikit input ;)

Explorace Math . Waktu jawab soalan .

Study group . Setiap malam ada dan dinamakan prep terancang 
Yang kat depan dua orang ni Ketua dan Penolong Ketua Batch kami

Murid yang melalukan lompatan saujana diberi hadiah

Sambungan explorace Math

Bukan belajar kat sekolah je , kat dorm pun sama 

Drama English . How I Met Myself

antara wajah calon-calon PT3 2015 

Itu sahaja daripada saya . Doakan kami semua berjaya .. Kita Boleh ! Go X-Millennium !